Cepatnya masa berlalu;tidak menunggu sesiapa. Meski pun September sudah berlalu, aku masih ingin mencatat tentangnya, banyak yang manis utk diingat-ingati, namun tak lari yang pedih untuk dilalui. Semuanya menambah 'perisa' dalam pengalaman hidup, terima kasih Tuhan di atas kekuatan dan penyertaanMu.
Semasa 'sibuk' menerima ucapan2 'Happy Birthday' daripada kawan2 dan keluarga, kabar gembira datang; dapat anak buah yang ke-21 tepat pada hari lahirku..wahh..sangat bererti 'hadiah' yang Kau beri ini Tuhan..!
September juga aku dilanda tekanan yang sangat berat dan cuba mematahkan semangat juang ku untuk tetap bertahan..dan memenanginya! Bagaikan setiap pagi yang menjelma, datang tanpa cahaya..aku merasa sangat patah dan hilang semangat malah hampir mengaku kalah!
Namun, Kau tetap menara perlindunganku, batu karang ku yang teguh. Pada saat aku mulai jatuh dan kalah, tanganMu tiba tepat waktunya; menopangku dan menguatkan semangatku, memulihkan iman percayaku!
September, dan apa pun nama bulan dan waktunya, selamanya Kau tetap yang berdaulat dalam hidupku. Sebab Engkau HIDUP, ada hari esok buatku! Amen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment