Thursday, September 16, 2010

September 16

Hari ini cuti - 16 September; tapi ia bukan sekadar cuti..sedih kalau rakyat Malaysia, apatah lagi Sabahan n Sarawakian tidak tahu mengenainya!!

Saya bukan si polan dan si polan, si anu dan si anu yang kaya dengan gelar dan deretan pangkat dan nama -yang mungkin dianggap memperlayakkan mereka- untuk mengupas dan berhujah tentang tarikh ini atau tarikh itu dalam sejarah perkembangan dan susur galur berdirinya sebuah negara bernama Malaysia..

Saya hanya ingin dan mampu mencatat beberapa peristiwa dan pengalaman yang pernah dilalui yang mungkin dapat -kalau tidak banyak pun, sedikit- dapat membuka mata dan minda betapa meski pun bernaung di bawah satu bumbung negara yang sama, masih banyak golongan masyarakat yang saling tidak tahu menahu dan mengambil berat tentang kelompok masyarakat yang lain, meski pun ia berkaitan dengan perkara paling asas sekali pun!

-mungkin kerana tidak berpeluang untuk tahu atau pun lebih parah lagi kerana enggan untuk tahu; walhal ia dapat mendidik kita untuk saling hormat menghormati sesama rakyat Malaysia di bumi bertuah ini!

Semasa baru menjejakkan kaki ke utara tanahair bertahun2 yang lalu,seorang makcik bertanya dari mana saya datang. Sebaik mendengar nama Sabah, dia terus bertanya saya beragama apa, mendengar jawapan saya, dia kemudian berkata,"o mesti anak ni ada pergi ke kuil sebelum jalan ke mari ye, ya lah kena lah sembayang sebelum jalan jauh ke mari.."

Di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan yang dikatakan terkenal di seluruh dunia tu..saya pernah ditanya datang dari mana oleh seorang pendidik..pendidik anak2 Malaysia di sebuah sekolah yang dia namakan berpangkat A di Malaysia..sebaik saya sebut Sabah, dia bertanya (dan saya sukar melupakannya sampai bila2, "sudah lama duduk dekat Malaysia ni?". !! Saya bukan setakat tersentak tapi juga tersedak!!

Di negeri Hang Tuah, seorang makcik bertanya, "orang Sabah guna mata wang apa yek?"

Tuhan, aku berdoa kiranya Engkau memberkati Malaysia ; dari Perlis sampailah ke Sabah, agar sentiasa dalam keadaan aman damai dan makmur. Politik, Sosial dan Ekonomi yang maju dan adil untuk setiap rakyat jelata; terhindar daripada setiap bencana dan malapetaka, Amen.

0 comments: